Wednesday, June 29, 2011

62 Petua Amalan Kebahagiaan Rumah Tangga

Tanpa sebuah persefahaman, tidak mungkin istana yang dibina menemui kebahagiaan sebagaimana diharapkan.


Biar berjuta halangan merentangi namun jika tersurat kasih dan sayang dua insan berkenaan, pasti ia menemukan ketulusan yang abadi.


Dalam melayari rumah tangga berdua, pasti banyak onak terpaksa dilalui.  Hanya mereka yang kuat, tabah dan mampu mendepani segalanya bakal menjulang kebahagiaan.


Perunding motivasi dan keluarga, Datuk Dr. Fadzilah Kamsah memberi 63 petua yang boleh dijadikan amalan pasangan suami isteri yang melayari rumah tangga.

Saturday, June 18, 2011

Tingkatkan Komunikasi Dengan Anak-anak

Hasil kajian mendapati ibu bapa hanya berkomunikasi 5 - 10 minit sahaja dengan anak-anak.   Fakta ini pasti mengejutkan banyak pihak.  Cuba fikirkan, bila masanya kali terakhir anda berkomunikasi secara berkesan dengan anak-anak.  Komunikasi berkesan merujuk kepada perhubungan dua hala antara ibu bapa dan anak-anak.  Perhubungan ini pula perlu wujud dalam keadaan mesra dan tanpa sebarang tabir mental (mental block).

Wednesday, June 15, 2011

Aktiviti Playgroup Kanak-Kanak Bersama Excel Qhalif & AlimKids


BERIKAN saja apa juga jenis mainan atau alat. Asalkan berwarna-warni dan berbentuk menarik, kanak-kanak pastinya leka mengerjakan barang itu. Ada saja yang dilakukan mereka, ada yang digigit, diketuk malah ditarik hingga kadang-kadang terbelah dua barang yang dibawa main.

Tuesday, June 7, 2011

Ketahui 7 cara untuk mempengaruhi anak anda untuk berubah dari jahat kepada baik.

Sekarang, anak – anak lebih nakal dari zaman anda dahulu. Ini kerana sikap memberontak anak – anak sekarang adalah lebih teruk dari zaman anda dahulu. Ia terjadi di sebabkan dunia tanpa sempadan yang menyebabkan pengaruh buruk dari seluruh pelusuk dunia mempengaruhi anak muda berfikir. Apabila mereka tidak dapat ekspresikan apa yang mereka rasa betul, mereka akan memberontak dan akhirnya menyebabkan mereka tidak dapat berfikir yang mana baik dan yang mana betul.

Enam langkah merapatkan hubungan antara anda dan anak remaja anda.

Seperti yang di alami ramai ibu bapa, anak – anak remaja akan mula menjarakkan diri dengan ibu bapa mereka apabila mereka mula mempunyai kehidupan sendiri. Apabila mereka ada tenaga dan kemahiran untuk berkawan dan membawa diri, mereka akan mula menjarakkan diri dari anda. Akibatnya anda mungkin akan hilang jejak akan aktiviti anak anda jika anda tidak mengawasi mereka dengan betul.

Wednesday, June 1, 2011

7 tip mengurangkan tekanan apabila menguruskan rumah tangga.

Tekanan sentiasa menghantui ibu bapa untuk menjalankan tugas mereka dengan baik. Tugas sebagai ibu bapa bukanlah mudah kerana ia penuh dengan tekanan dan kejutan pada setiap hari. Setiap anak mempunyai perangai yang berbeza dan menyebabkan anda pening untuk melayan mereka. Tekanan datang apabila anda rasa putus asa. Jangan putus asa kerana tugas sebagai ibu bapa adalah rahmat yang besar.

10 sebab kenapa anak anda bersikap negatif dalam hidupnya.

Untuk mengajar anak anda untuk bersikap baik, anda perlu terlebih dahulu tahu punca dia memberontak. Apabila anda tahu punca, anda akan lebih jelas dan tahu bagaimana hendak mengubah sikap dia. Berikut adalah 10 sebab kenapa anak anda bersikap negatif dalam hidupnya.