Sekarang, anak – anak lebih nakal dari zaman anda dahulu. Ini kerana sikap memberontak anak – anak sekarang adalah lebih teruk dari zaman anda dahulu. Ia terjadi di sebabkan dunia tanpa sempadan yang menyebabkan pengaruh buruk dari seluruh pelusuk dunia mempengaruhi anak muda berfikir. Apabila mereka tidak dapat ekspresikan apa yang mereka rasa betul, mereka akan memberontak dan akhirnya menyebabkan mereka tidak dapat berfikir yang mana baik dan yang mana betul.
Untuk mengelakkan anak anda untuk jadi lebih memberontak, anda perlu mengawalnya dengan menggunakan teknik psikologi secara bijaksana. Berikut adalah tujuh cara untuk mempengaruhi anak anda berubah dari jahat kepada baik.
Cara pertama : Masuk ke alam anak anda.
Ketahui dengan jelas apa yang anak anda mahu lakukan dan apa yang dia minat. Benarkan dia lakukan perkara yang dia minat. Contohnya, anak anda terpengaruh dengan budaya punk. Anda benarkan dia untuk mengamalkan budaya tersebut. Namun, anda ajar dia untuk berfikir secara logik dan jangan terlalu ekstrem. Kenalkan anak anda asal usul orang timur iaitu sopan dan bijak berfikir. Anda benarkan dia tetapi dalam masa yang sama anda kawal pemikiran dia supaya tidak ekstrem.
Jika anak anda di tangkap mencuri, anda siasat dengan jelas kenapa dia mencuri. Jika dia ingin wang lebih, anda ajar dia untuk bekerja. Masuk ke dalam alam anak anda, salami apa yang dia mahu dan kawal pemikiran dia ke arah kebaikan. Pujuk anak anda dengan mengubah mindset dia.
Jika anak anda di tangkap mencuri, anda siasat dengan jelas kenapa dia mencuri. Jika dia ingin wang lebih, anda ajar dia untuk bekerja. Masuk ke dalam alam anak anda, salami apa yang dia mahu dan kawal pemikiran dia ke arah kebaikan. Pujuk anak anda dengan mengubah mindset dia.
Cara kedua : Berikan dia aktiviti.
Jika anda dapati anak anda terlalu liar, anda beri dia aktiviti seperti daftarkan dia dalam kelab sukan seperti kelab badminton, kelab memanah atau kelab berbasikal. Berikan dia aktiviti untuk menyalurkan kehendak memberontak dia kepada perkara yang baik.
Cara ketiga : Jangan memaksa sebaliknya bersikap fleksibel.
Jangan paksa anak anda untuk mengikut arahan anda. Sebaliknya anda wujudkan peraturan yang fleksibel dan di persetujui anak anda dan anda sendiri.
Cara keempat : tunjukkan contoh yang baik.
Anda perlu jadi baik dahulu sebelum mengajar anak anda untuk jadi baik. Sentiasa tunjukkan contoh teladan yang baik pada anak anda. Jika selama ini anda ada buat silap, anda mengaku kesalahan anda di hadapan anak anda. Dengan ini, dia akan rasa bersalah kerana anda sudah berubah dan dia tidak. Jadi, dia akan berusaha untuk jadi baik seperti anda.
Cara kelima : Ajar anak anda untuk memilih yang baik dari yang jahat.
Jangan berleter pada anak yang memberontak. Sebaliknya anda pujuk dia untuk sentiasa memilih perkara yang baik. Anda ungkit kembali bagaimana anda bersusah payah membesarkan dia, mengambil berat akan dia dan jika dia masih tidak mahu berubah, anda ugut untuk tidak lagi ambil berat akan dia. Kadangkala ugutan sebegini akan mempengaruhi anak anda untuk menjadi baik.
Cara keenam : Dapatkan perhatian anak anda sebelum memberi arahan.
Sebelum anda beri arahan pastikan anak anda beri perhatian sepenuhnya pada anda. Sebut nama dia dengan tegas dan lihat matanya, beri arahan pada dia. Selalunya anak anda akan patuh apabila anda bertindak tegas pada dia.
Cara ketujuh : Beri amaran sebelum bertindak.
Sentiasa beri amaran sebelum bertindak atau menghukum anak anda. Katakan anak anda selalu pulang lewat ke rumah, anda beri amaran jika dia balik lewat lagi, anda akan hukum dia. Jika dia balik lewat lagi, jangan ragu – ragu untuk hukum dia dengan tegas. Tindakan ini akan memberi persepsi pada anak anda untuk patuh pada arahan dari anda. Apabila dia di beri amaran untuk kesalahan yang lain, dia akan cuba sedaya upaya untuk jadi baik kerana tidak mahu di hukum.
Ini ada tips menarik, mohon izin share di facebook saya.
ReplyDeletetk
Terima kasih Encik Fauzi :)
ReplyDeleteInsya-Allah saya akan share kat Facebook untuk manfaat kita bersama :)
Amir Azros
Admin Pakar Keluarga
Assalamualaikum...
ReplyDeleteSaya juga tidak terkecuali menjadi sebahagian dari ibubapa yang mempunyai masalah anak remaja.
Memang sukar menandatangi masalah anak2 remaja malah lebih mencabar dari zaman ibubapa kita menjaga kita dulu, ibubapa kita dulu taklah belajar tinggi tapi berjaya menghasilkan anak2 yg boleh berfikir dan mampu berdikari tapi ibubapa sekarang mempunyai pelajaran tapi gagal menandatangani anak2 . Bukan salah kita tetapi keadaan semasa susah berubah dan lebih mencabar dalam mendidik anak2.
wallahualam
Kepada Puan Ainul Mardziah
ReplyDeleteBetul tu. Namun sekiranya kita dapat mendidik anak-anak kita mengikut apa yang telah ditetapkan oleh agama Islam, pada pendapat saya ianya tidak akan mendatangkan masalah. Apa-apapun berserah segalanya kepada Allah s.w.t. Segala dugaan untuk kita pasti ada hikmah disebaliknya ;)
Amir Azros
Admin Pakar Keluarga