Wednesday, March 21, 2012

Mengapa Nak Ajar Membaca Awal?

"Budak 4 tahun boleh membaca? Hairan. Macamana pulak tu?” Itulah yang ibu saya katakan apabila membaca akhbar pada tahun 70-an dahulu yang telah menceritakan bagaimana seorang kanak-kanak lelaki telah dapat membaca surat khabar pada usia 4 tahun. Heboh juga satu negara dibuatnya sambil berbangga dengan pencapaiannya. Saya masih teringat lagi pada masa itu saya baru bersekolah dan baru pandai sikit-sikit mengeja apabila membaca. Dapat membaca awal pada usia yang muda pada masa itu masih ‘taboo’ dalam masyarakat kita. Sehingga 30 tahun kemudiannya, keinginan untuk melihat anak-anak dapat membaca sebelum bersekolah rendah masih tersangat kurang. Takut nanti bila bersekolah tak nak belajarlah, boringlah, sebab dah pandai dan macam-macam alasan lain.

Saturday, December 31, 2011

Tip untuk ibu bapa membesarkan anak yang berakhlak baik

Tip untuk ibu bapa membesarkan anak yang berakhlak baik.

Bukan mudah untuk membendung anak terutamanya yang telah mencapai umur remaja dari di pengaruhi gelaja tidak sihat seperti rokok, dadah, alcohol, seks bebas, gangsterism dan berbagai gejala – gegala sosial yang lain. Anak remaja sekarang sangat rendah jati dirinya, tidak berdaya menahan diri dari terlibat dengan gejala – gejala yang tidak sihat. Jika anda mahu mengelak anak remaja anda dari terlibat perkara - perkara yang tidak sihat, anda perlu ada untuk membimbing mereka.

Tuesday, December 20, 2011

Tip mengajar anak untuk bersikap adab sopan

Tip mengajar anak untuk bersikap adab sopan.

Jika anak sopan, orang ramai akan puji ibu bapanya pandai mendidik. Jika anak tidak sopan, orang ramai akan memaki ibu bapa kepada anak tersebut kerana tidak pandai mendidik. Apa sahaja yang anak – anak lakukan pasti memberi kesan kepada anda sebagai ibu bapa mereka. Pujian dan kutukan bukanlah penting sangat di dunia ini, tetapi adakah anda mahu anak anda bersikap kurang ajar dan tiada adab sopan dalam setiap tindakan dia?

Wednesday, December 7, 2011

Tip membantu anak anda untuk buang sifat pemalunya

Tip membantu anak anda untuk buang sifat pemalunya.

Pemalu adalah sifat yang normal bagi anak – anak terutamanya anak kecil. Ini kerana mereka sudah biasa rapat dengan anda dan apabila mereka sedikit besar, mereka rasa malu untuk bertegur sapa dengan orang lain di sebabkan mereka hanya kenal orang yang selalu muncul di hadapannya sahaja.  Kadangkala anak anda berjumpa dengan orang  lain, mereka bukannya malu atau segan tetapi mereka tidak tahu bagaimana hendak berkawan.

Tip ibu bapa – Bagaimana hendak mengajar anak kecil membaca?

Tip ibu bapa – Bagaimana hendak  mengajar anak kecil membaca?

Membaca boleh menjadikan anak anda lebih bijak dari sebelumnya. Daripada aktiviti membaca, anak – anak anda boleh memperkembangkan pengetahuan dan membentuk pemikiran mereka ke arah lebih matang. Berikut adalah empat tip untuk mengajar anak kecil anda membaca.

Thursday, December 1, 2011

Empat Tips Untuk Menjadi Ibubapa Yang Hebat!


Tip pertama : Berikan seluruh perhatian pada anak anda.

Setiap anak mahu ada perasaan di perlukan keluarga dan di sayangi.  Apabila anda menunjukkan rasa sayang pada anak anda, anak anda akan lebih yakin dan lebih menyayangi diri anda. Ada ibu bapa yang sayang tetapi mereka tidak suka tunjukkan perasaan tersebut. Anda jangan buat kesilapan tersebut kerana jika anda tidak tunjuk, anak anda tidak akan faham.

Sunday, November 20, 2011

Tip ibu bapa – Tiga fasa pembesaran anak anda

Tip ibu bapa – Tiga fasa pembesaran anak anda.

Terdapat tiga fasa pembesaran anak – anak anda iaitu

Fasa pertama : 0 – 7 Tahun , Penyerapan.

Ketika anak anda berumur 0 hingga 7 tahun, dia lebih cenderung untuk ikut apa sahaja yang dia nampak dan dengar. Ketika ini anak anda akan lihat sepenuhnya cara anda menjalani kehidupan. Jika anda bersikap tidak baik, dia pasti akan meniru sikap anda apabila dia membesar kelak. Anda perlu pastikan anda hanya ajar dia pengaruh yang baik supaya dia akan bersikap baik sepanjang hidupnya.

Monday, November 7, 2011

Tip didik anak berkawan secara sihat

Tip didik anak berkawan secara sihat.

Ketika di rumah, anda mungkin boleh mengawal anak – anak anda. Di luar, anda mungkin tidak tahu apa yang dia lalui. Dia mungkin tidak ramai kawan dan rasa sunyi atau dia di buli oleh rakan – rakan atau dia mungkin ingin berkawan tetapi tidak tahu bagaimana. Berkawan akan mengajar anak anda bermacam –macam melalui pengalaman. Dia boleh tahu perkara yang berbeza  - beza kerana setiap orang datang dari keluarga yang unik dan tersendiri sikapnya. Dari pengalaman yang dia peroleh, dia akan jadi semakin matang dan bijak.

Tuesday, November 1, 2011

Empat langkah untuk melindungi anak anda dari terjebak aktiviti tidak sihat dan jenayah di internet.


Untuk memastikan anak anda terselamat dari gejala tidak sihat di internet, anda boleh ikut empat langkah di bawah

Thursday, October 20, 2011

Tip ajar anak anda untuk lebih yakin dan buang segala sifat rendah diri dan pengecut

Tip ajar anak anda untuk lebih yakin dan buang segala sifat rendah diri dan pengecut.

Kebanyakan kanak – kanak tidak menyerlah di sebabkan sikap rendah diri atau tidak yakin pada diri sendiri. Anda boleh lihat anak – anak yang kurang bijak, tidak semestinya mereka tidak boleh menguasi pelajaran tersebut tetapi mereka menunjukkan prestasi yang teruk kerana mereka tidak yakin untuk bertanya atau rendah diri untuk belajar.