Seperti yang di alami ramai ibu bapa, anak – anak remaja akan mula menjarakkan diri dengan ibu bapa mereka apabila mereka mula mempunyai kehidupan sendiri. Apabila mereka ada tenaga dan kemahiran untuk berkawan dan membawa diri, mereka akan mula menjarakkan diri dari anda. Akibatnya anda mungkin akan hilang jejak akan aktiviti anak anda jika anda tidak mengawasi mereka dengan betul.
Keburukan yang paling jelas apabila anda hilang jejak akan aktiviti anak anda adalah anak anda mungkin terlibat dengan gejala yang tidak sihat dan anda tidak tahu mengenainya. Sebelum terlambat, anda perlu segera merapatkan hubungan dengan anak remaja anda dan membimbing dia ke arah jalan yang benar.
Berikut adalah enam langkah sebagai panduan.
Langkah pertama : Perhatikan suasana.
Nyatakan dengan jelas hubungan antara anda dan anak anda. Berapa banyak anda berdua bercakap atau berinteraksi dalam sehari. Adakah dia pernah menegur anda atau tidak pernah ? Adakah anda pernah bertanya khabar pada dia ? Anda perlu nilai hubungan sebenar anda berdua dan dari sini, anda perlu cari jalan untuk rapatkan kembali hubungan anda berdua.
Langkah kedua : Fikirkan cara terbaik
Senaraikan cara yang anda fikir boleh merapatkan hubungan anda berdua. Anda boleh mengajak dia menyertai aktiviti yang anda rancang. Anda juga boleh merancang aktiviti yang dia minat dan anda ajak dia untuk turut serta. Fikirkan cara yang anda rasa boleh berkesan iaitu membolehkan anda berdua bertegur sapa kembali.
Langkah ketiga : Rancang rancangan terbaik.
Anda rancang dengan teliti dan jelas bagaimana anda hendak pikat hati anak anda itu kembali berkomunikasi dan berkawan dengan anda. Namun, anda perlu ingat bahawa anak remaja tidak suka di anggap sebagai anak yang kecil. Sebaliknya mereka mahu anda anggap mereka sebagai dewasa.
Langkah keempat : Take action.
Anda laksanakan apa yang telah anda rancangkan pada langkah ketiga. Jangan putus asa.
Langkah kelima : Fikir semula.
Cara anda mungkin tidak berkesan, namun jangan putus asa sebaliknya anda fikirkan cara yang lain pula. Jika berkesan, anda fikir pula mengekalkan hubungan anda berdua.
Langkah keenam : FOkus pada matlamat.
Untuk membimbing anak remaja ke jalan yang betul dan sihat, anda perlu jadikan dia sebagai kawan rapat anda. Anda perlu fokus untuk berkawan dan dapatkan hormat dari dia. Jangan terlalu keras ketika anda berkomunikasi sehingga dia rasa tidak selesa. Sentiasa senyum dan tenang adalah senjata terbaik untuk membuka jalan berkomunikasi dengan anak remaja anda.
No comments:
Post a Comment