Wednesday, June 29, 2011

62 Petua Amalan Kebahagiaan Rumah Tangga

Tanpa sebuah persefahaman, tidak mungkin istana yang dibina menemui kebahagiaan sebagaimana diharapkan.


Biar berjuta halangan merentangi namun jika tersurat kasih dan sayang dua insan berkenaan, pasti ia menemukan ketulusan yang abadi.


Dalam melayari rumah tangga berdua, pasti banyak onak terpaksa dilalui.  Hanya mereka yang kuat, tabah dan mampu mendepani segalanya bakal menjulang kebahagiaan.


Perunding motivasi dan keluarga, Datuk Dr. Fadzilah Kamsah memberi 63 petua yang boleh dijadikan amalan pasangan suami isteri yang melayari rumah tangga.




  1. Doa yang berterusan
  2. Patuh ajaran agama
  3. Murah dengan pujian
  4. Murah dengan khidmat
  5. Murah dengan belaian kasih sayang
  6. Murah dengan sentuhan
  7. Mencari kebaikan pasangan
  8. Cari masa komunikasi, berbual atau bergurau senda
  9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran
  10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan
  11. Menilai diri daripada perspektif pasangan
  12. Berfikiran terbuka; boleh tegur-menegur
  13. Berani mengambil risiko emosi; tegur/perubahan/berpisah sementara.
  14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan
  15. Tolak ansur
  16. Menghormati dan mengambil kira 'gerak batin' (intuition) perempuan
  17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata
  18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan
  19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan
  20. Sanggup berkorban buat pasangan
  21. Menghormati pasangan
  22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada
  23. Perhubungan seksual yang sihat dan diredai
  24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan
  25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur
  26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan
  27. Meletakkan hak kepada pasangan 
  28. Tidak menjadi hamba kepada pasangan
  29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan
  30. Mengawal marah.  Buat perjanjian
  31. Mencari penyelesaian dalam situasi menang-menang (win-win situation)
  32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah
  33. Menhormati sifat semula jadi pasangan
  34. Memahami peranan pasangan
  35. Hubungan perasaan sesama pasangan
  36. Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati
  37. Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu
  38. Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri
  39. Tujuh kali puji dan satu teguran
  40. Sebut 'I Love U' sepanjang masa
  41. Banyakkan bergurau dan bermesra
  42. Sentiasa berterus-terang
  43. Beri masa untuk perubahan berlaku; sabar
  44. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran
  45. Elakkan salah pasangan
  46. Cari titik pertemuan
  47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga
  48. Lebih banyak memberi daripada menerima
  49. Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan
  50. Sentiasa bersemangat
  51. Seimbangkan hubungan
  52. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa)
  53. Tidak terlalu mengongkong
  54. Tidak bertindak sendirian
  55. Memberi peluang berbeza
  56. Humor atau lawak dari semasa ke semasa
  57. Minta bantuan untuk memecah kitaran negatif
  58. Berwawasan dan pandang ke depan
  59. Tidak meminta yang bukan-bukan
  60. Bentuk undang-undang atau peraturan dalam rumah tangga
  61. Mencari kelainan dan perubahan negatif
  62. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun.

No comments:

Post a Comment