Wednesday, June 1, 2011

7 tip mengurangkan tekanan apabila menguruskan rumah tangga.

Tekanan sentiasa menghantui ibu bapa untuk menjalankan tugas mereka dengan baik. Tugas sebagai ibu bapa bukanlah mudah kerana ia penuh dengan tekanan dan kejutan pada setiap hari. Setiap anak mempunyai perangai yang berbeza dan menyebabkan anda pening untuk melayan mereka. Tekanan datang apabila anda rasa putus asa. Jangan putus asa kerana tugas sebagai ibu bapa adalah rahmat yang besar.



Rumahku syurgaku adalah ungkapan yang tepat untuk menggambarkan sumber kebahagiaan adalah datang dari rumah tangga anda sendiri. Jika hubungan antara ahli keluarga adalah bagus, anda pasti akan bahagia. Lagipun menguruskan rumah tangga bukanlah satu beban tetapi adalah tanggungjawab yang penuh dengan kebahagiaan.

Berikut adalah tujuh tip untuk mengurangkan tekanan apabila menguruskan rumah tangga.

·         Apabila ada antara anak anda buat hal atau buat masalah, cepat – cepat anda selesaikan masalah tersebut. Jika anda biar ia melarat, ia pasti akan menyusahkan anda di kemudian hari dan ketika itu, tekanan anda mungkin bertambah – tambah.
·         Apabila anda rasa tertekan sehingga tidak tertahan, anda ambil langkah selamat dan keluar dari rumah. Anda bawa anak anda keluar dan berjalan  bersama – sama sambil bersiar d taman atau di kawasan perumahan anda. Apabila anda melihat suasana baru, hati anda akan kembali  sejuk dan otak akan jadi waras untuk menjalankan tugas sebagai ibu bapa.
·         Jika anak anda sudah cukup besar, anda beri tugasan rumah tangga kepada mereka seperti mop lantai, basuh pinggan dan menyapu. Tugas – tugas yang telah anda agihkan ini boleh mengurankan tekanan anda sebagai ibu bapa.
·         Susun jadual hidup anda supaya anda dapat menjalankan urusan rumah tangga dan peribadi dengan tenang.
·         Anggap setiap anak adalah unik dengan perangai masing – masing. Gunakan teknik komunikasi yang berbeza bagi setiap anak memandangkan mereka mempunyai minat yang berlainan. Apabila anda memahami anak anda, anda akan lebih tenang apabila mereka membuat masalah kerana anda tahu bagaimana hendak menyelesaikannya.
·         Sentiasa ada masa untuk diri sendiri. Selepas penat menguruskan rumah tangga, lakukan perkara yang anda suka seperti melayari internet, membaca atau membuat kerja.
·         Sentiasa positif dan sentiasa bersangka baik pada seluruh ahli keluarga. Jika anda umat islam, serikan rumah dengan aktiviti membaca Al-Quran untuk mewujudkan suasana yang tenang.




No comments:

Post a Comment