Sunday, November 20, 2011

Tip ibu bapa – Tiga fasa pembesaran anak anda

Tip ibu bapa – Tiga fasa pembesaran anak anda.

Terdapat tiga fasa pembesaran anak – anak anda iaitu

Fasa pertama : 0 – 7 Tahun , Penyerapan.

Ketika anak anda berumur 0 hingga 7 tahun, dia lebih cenderung untuk ikut apa sahaja yang dia nampak dan dengar. Ketika ini anak anda akan lihat sepenuhnya cara anda menjalani kehidupan. Jika anda bersikap tidak baik, dia pasti akan meniru sikap anda apabila dia membesar kelak. Anda perlu pastikan anda hanya ajar dia pengaruh yang baik supaya dia akan bersikap baik sepanjang hidupnya.


Elakkan anak anda dari menonton rancangan televisyen yang tidak bermoral. Sentiasa cakap dengan tenang ketika anda sedang mengajar dia. Jika anda terlalu tegas dan cepat marah, dia akan takut pada anda. Ketika dalam fasa ini, anak anda akan mengumpul asas – asas emosi  untuk membesar. Jika anda selalu marah, dia akan anggap marah adalah emosi yang dia perlu ada untuk hidup. Akibatnya, dia juga akan marah – marah apabila membesar.

Fasa kedua : 7 hingga 14 tahun, terikut – ikut.

Pada fasa kedua iaitu dari umur 7 hingga 14 tahun anak anda cenderung untuk terikut – ikut dengan budaya yang dia hidup. Pada umur sebegini, anda akan terlihat anak anda cepat terikut – ikut dengan budaya popular. Anda perlu bimbing dia supaya dia tidak tersesat ke arah budaya tidak sihat seperti punk, gangster dan sebagainya.

Ketika ini, anda perlu ajar dia ilmu agama supaya dia dapat membentuk jati diri yang kuat. Jika tidak, dia pasti akan terikut – ikut. Jika dia berkawan dengan budak yang lemah, dia akan jadi lemah. Jika dia berkawan dengan budak gangster, dia akan jadi gangster. Untuk elakkan perkara sebegini dari berlaku, ilmu agama adalah perlu untuk dia bentuk jati dirinya sendiri.

Fasa ketiga : 14 hingga 21 tahun, sosial.

Fasa ketiga, anak anda akan mula bersosial. Ketika ini dia akan selalu keluar rumah untuk berkawan dan ada juga anak – anak yang bercinta. Ketika ini, anda jangan halang kehendak mereka untuk bersosial. Sebaliknya anda bimbing dan berikan dia aktiviti. Masukkan dia ke dalam kelab sukan atau sebagainya. Kawal aktiviti sosial dia supaya dia tidak terpengaruh dengan perkara jahat.


No comments:

Post a Comment