Tuesday, December 20, 2011

Tip mengajar anak untuk bersikap adab sopan

Tip mengajar anak untuk bersikap adab sopan.

Jika anak sopan, orang ramai akan puji ibu bapanya pandai mendidik. Jika anak tidak sopan, orang ramai akan memaki ibu bapa kepada anak tersebut kerana tidak pandai mendidik. Apa sahaja yang anak – anak lakukan pasti memberi kesan kepada anda sebagai ibu bapa mereka. Pujian dan kutukan bukanlah penting sangat di dunia ini, tetapi adakah anda mahu anak anda bersikap kurang ajar dan tiada adab sopan dalam setiap tindakan dia?


Manusia yang bersopan dalam tindakannya biasanya akan berjaya di dunia dan akhirat. Untuk mendidik anak supaya bersikap sopan bukanlah mudah kerana dunia sekarang ini terlalu banyak pengaruh buruk contohnya dari cerita televisyen, bahan bacaan yang tidak berilmiah dan rakan – rakan yang nakal. Namun, anda jangan anggap ia sebagai beban atau cabaran tetapi sebagai tanggungjawab. Langkah pertama untuk ajar anak anda bersopan adalah ajar mereka untuk rendahkan suara ketika berkata – kata.

Ajar mereka ucapkan salam, terima kasih, Alhamdulillah dan ucapan yang baik – baik sahaja. Selalunya perlakuan seseorang itu di pengaruhi oleh apa yang dia selalu fikir dan kata. Apabla anda ajar mereka untuk berkata – kata perkara yang baik sahaja, insyaALlah perlakuan mereka juga akan jadi baik.

Adab sopan bermakna mereka perlu tahu hormat pada yang lebih tua. Ajar mereka supaya jangan tinggikan suara apabila bercakap dengan orang yang lebh tua dari mereka. Didik mereka untuk kawal perasaan marah dan sentiasa senyum walaupun sedang marah. Marah sentiasa menjadikan kita hilang adab sopan.

Apabila kita berjaya mengawal perasaan marah, kita akan jadi lebih tenang dan akan sentiasa menjaga adab sopan. Anda perlu sentiasa cuba menjadi teladan yang baik pada mereka. Apabila mereka melihat anda berperangai baik, mereka juga akan menirunya.

Anda perlu ingat walaupun anak anda sudah masuk ke umur peringkat remaja, ia masih belum terlambat untuk mendidik mereka menjadi manusia yang beradab sopan. Cuma anda perlu tegas, fokus dan sabar kerana ketika ini anak anda mungkin memberontak dan ego. 

No comments:

Post a Comment