Monday, November 7, 2011

Tip didik anak berkawan secara sihat

Tip didik anak berkawan secara sihat.

Ketika di rumah, anda mungkin boleh mengawal anak – anak anda. Di luar, anda mungkin tidak tahu apa yang dia lalui. Dia mungkin tidak ramai kawan dan rasa sunyi atau dia di buli oleh rakan – rakan atau dia mungkin ingin berkawan tetapi tidak tahu bagaimana. Berkawan akan mengajar anak anda bermacam –macam melalui pengalaman. Dia boleh tahu perkara yang berbeza  - beza kerana setiap orang datang dari keluarga yang unik dan tersendiri sikapnya. Dari pengalaman yang dia peroleh, dia akan jadi semakin matang dan bijak.


Untuk berkawan, anda perlu ajar anak anda untuk bersikap mudah mesra dengan semua orang.  Ajar dia untuk tegur sesiapa sahaja yang dia ingin berkawan. Ucapkan salam setiap hari pada orang yang sama akan menjadikan anak anda dan kawannya lebih mesra. Ajar dia tiga teknik asas untuk berkawan iaitu bertanya khabar, puji kebaikan kawan dan jemput dia untuk bersembang.

Didik juga anak anda untuk bersikap tolenrasi dengan rakan – rakan mereka. Di dunia ini terdapat bermacam ragam manusia. Setiap orang mempunyai perangai yang berbeza. Ajar anak anda untuk jaga hati kawan dan bersikap setia kawan. Jangan bergaduh tetapi sentiasa cari jalan penyelesaian bagi setiap masalah yang timbul.

Bagi anak – anak kecil, situasi ejek mengejek pasti akan berlaku. Untuk elakkan masalah ini menganggu fikiran anak anda, anda ajar dia cara untuk menyerap tekanan tersebut iaitu dengan sabar, tabah dan kemudian senyum. Anda ajar dia sifat bersyukur iaitu Allah jadikan setiap manusia berbeza – beza dan setiap ciptaan-Nya adalah terbaik. Apabila dia di ejek, anda  suruh dia ucap Alhamdulillah dan senyum.

Tiada guna untuk melawan ejekan kerana ia adalah hasutan syaitan. Selain itu, anda ajar juga anak anda untuk tidak menghina rakan – rakannya. Sebalikanya ajar dia untuk berkawan secara sihat dan sentiasa memberi sokongan pada rakan – rakannya.

No comments:

Post a Comment