Thursday, October 20, 2011

Tip ajar anak anda untuk lebih yakin dan buang segala sifat rendah diri dan pengecut

Tip ajar anak anda untuk lebih yakin dan buang segala sifat rendah diri dan pengecut.

Kebanyakan kanak – kanak tidak menyerlah di sebabkan sikap rendah diri atau tidak yakin pada diri sendiri. Anda boleh lihat anak – anak yang kurang bijak, tidak semestinya mereka tidak boleh menguasi pelajaran tersebut tetapi mereka menunjukkan prestasi yang teruk kerana mereka tidak yakin untuk bertanya atau rendah diri untuk belajar.


Sifat terlalu rendah diri dan kurang keyakinan ini boleh memberi kesan yang teruk pada anak – anak anda. Ia boleh membuatkan anak anda berada dalam dilemma pada sepanjang masa. Apabila mereka ada masalah, mereka takut hendak menyatakan pada anda kerana sifat kurang yakin. Apabila mereka inginkan sesuatu, mereka takut hendak nyatakan atau usaha kerana rendah diri.

Artikel ini akan memberi tip untuk membuang sifat rendah diri dan pengecut dari diri anak anda dan seterusnya menjadi manusia yang hebat dan penuh dengan keyakinan. Langkah pertama untuk ajar anak anda untuk lebih yakin adalah ajar dia untuk bertenang. Kadangkala anak anda kurang yakin di sebabkan terlalu memikirkan apa yang bakal terjadi.

Anda ajar dia bertenang dan beritahu dia tiada apa yang rugi jika dia lebih yakin. Beri dia keyakinan untuk bersikap yakin. Kadangkala anak –anak takut gagal. Mereka takut hendak bertanya hal pelajaran kerana takut di marah atau takut ego mereka terhadap rakan – rakan tercabar. Jadi, anda tenangkan mereka dan ajar mereka untuk tangani rasa takut mereka.

Beritahu mereka, perasaan orang lain tidak penting tetapi hidup dia lebih penting. Biarlah kena marah asalkan dia maju kehadapan. Selepas anda berjaya memujuk dia bertenang, anda ajar dia untuk sentiasa senyum. Orang yang kurang yakin ini selalunya bermuka masam dan kurang mesra dengan orang tidak ngam dengan mereka. Anda ajar dia untuk berkawan dengan semua orang tidak kira jahat atau baik, miskin atau kaya, hodoh atau cantik.

Apabila anak anda pandai bersosial, dia akan lebih yakin.  Langkah terakhir adalah ajar dan beri dia tanggungjawab. Orang yang ada tanggungjawab biasanya akan lebih yakin. Kalau anak anda itu ada adik, anda beri dia tanggungjawab untuk menjaga adiknya selalu. Beri dia cabaran. Contohnya anda cabar anak anda untuk peroleh semua A dalam peperiksaan akan datang dan jika dia berjaya anda akan beri dia hadiah.
Proses untuk ajar anak keyakinana adalah kenalkan anak anda pada reality dunia iaitu sentiasa tenang. Kemudian anda ajar dia untuk berkawan dan berbuat baik dengan semua orang. Terakhir, anda ajar dia erti tanggungjawab untuk menyerap tekanan. Melalui tiga tahap ini, anak anda akan menjadi seorang yang lebih yakin pada dirinya dan ada potensi untuk jadi  hebat dalam hidupnya kelak.

No comments:

Post a Comment