Friday, October 7, 2011

Tiga cara untuk jadikan anak anda cemerlang dalam pelajaran

Tiga cara untuk jadikan anak anda cemerlang dalam pelajaran.

Sekarang , ramai di kalangan ibu bapa mahu anak mereka menjadi manusia yang terbaik apabila dewasa nanti. Mereka sanggup menghabiskan ribuan ringgit untuk memastikan anak mereka mendapat pelajaran yang sepatutnya. Namun, jika anda merancang tanpa berfikir, sudah pasti hasilnya anda tidak akan dapat lihat.


Anak – anak sebenarnya tidak suka jika anda terlalu serius dengan mereka. Ada anak yang otaknya mula mengembang sejak kecil dan mereka mampu menguasi ilmu dengan pantas ketika kecil. Ada juga anak yang otaknya lambat berkembang dan hanya mampu menunjukkan potensi sebenar mereka apabila mereka remaja. Jadi, anda jangan terlalu serius dengan mereka. Sebaliknya anda didik mereka mengikut kesesuaian yang ada dalam fikiran mereka.

Berikut adalah tiga cara untuk jadikan anak anda cemerlang dalam pelajaran.

Cara pertama : Jangan berleter tetapi memuji prestasi anak – anak anda.

Berleter hanya mengeruhkan keadaan. Jika anak anda tidak menunjukkan prestasi yang membanggakan, anda jangan melatah. Sebaliknya anda lihat perkembangan otaknya. Anda puji anak anda setiap kali dia tunjukkan peningkatan. Apabila di puji, mereka akan gembira lalu berusaha untuk masa akan datang. Jangan fokus pada sebab kenapa anak anda gagal tetapi fokus kenapa anak anda meningkat prestasinya.
Untuk tahu kenapa anak anda meningkat, anda perlu sentiasa berikan dia galakan dan pujian. Ada anak yang cekap matematik pada masa kecil namun kurang pada subjek yang lain. Anda fokus kenapa anak anda bijak matematik dan didik dia untuk gunakan cara yang sama pada pelajaran yang lain bagi meningkatkan prestasi dia.

Cara kedua : Didik anak anda secara langsung.

Apabila anak anda belajar, anda duduk di sebelah dia dan tanya dia sama ada dia ada masalah atau tidak. Jika anda mahir, anda ajar dia mengenai pelajaran tersebut. Jika anda tidak mahir, anda hanya duduk sebelah dan berikan dia galakan. Beritahu dia untuk tenang dan belajar untuk masa depan. Beritahu dia bahawa dia ada banyak masa untuk berjaya kerana dia masih muda. Ketenangan sentiasa menjadikan manusia itu lebih bijak. Apabila anda lihat dia berjaya menguasi sesuatu ilmu, anda beri dia hadiah seperti aiskrim atau apa sahaja. Dengan ini dia akan faham jika dia terus berusaha, pasti dia akan dapat sesuatu sebagai balasan dalam hidupnya.

Cara ketiga : Ajar anak anda untuk berseronok.

Jika ada anak anda yang sangat liat atau bengap untuk menguasi sesuatu, anda tukar cara dia belajar pada keadaan yang lebih menyeronokkan. Anda lihat bagaimana dia belajar dan fokus pada kekuatan anak anda. Ada anak yang cepat faham jika dia membaca. Ada anak yang cepat faham jika dia buat latihan atau nampak sesuatu secara berhadapan. Ada juga anak yang akan faham apabila dia di ajar berkali – kali mengenai perkara yang sama.

Anda lihat corak dia memahami sesuaut dan lakukan eksperimen terhadap dirinya untuk melihat cara belajar yang macam mana dia akan lebih cepat faham. Biar lambat, asal anak anda cemerlang apabila dewasa nanti.

No comments:

Post a Comment