Saturday, October 1, 2011

Bagaimana hendak membantu anak remaja anda mengawal tekanan hidup yang dia hadapi.


Remaja zaman sekarang adalah lebih tertekan jika di bandingkan pada zaman anda ketika remaja. Banyak faktor yang tidak dapat di kesan menjadi sebab mereka rasa tertekan dan tidak bersemangat untuk meneruskan hidup mereka. Lagipun pemikiran dan cabaran anak muda sekarang adalah berbeza berbanding ketika anda remaja dahulu. Gunakan pengalaman yang anda ada untuk redakan tekanan yang menyelubungi hidup mereka.



Ada dua peringkat untuk membantu anak remaja anda mengawal tekanan yang mereka terima. Peringkat pertama adalah dari anda sendiri iaitu menjaga anak anda sebaik – baik yang anda boleh manakala peringkat kedua adalah mendidik anak anda untuk berdikari mengawal tekanan yang mereka terima.

Peringkat pertama : Tugas anda sebagai ibu bapa.

Anda boleh kurangkan tekanan hidup anak remaja anda dengan merapatkan diri anda dengan mereka. Sentiasa berikan mereka galakan dan sokongan. Anda juga perlu sentiasa mengambil berat akan hal mereka. Jangan benarkan anak anda menyembunyikan masalah besar dari pengetahuan anda. Anda perlu sentiasa mengorek rahsia mereka dan pandai membaca perasaan yang ada di lubuk hati mereka.

Beri mereka hadiah sebagai galakan dan elakkan dari terlalu banyak berleter pada mereka. Jangan letakkan harapan yang terlalu tinggi pada mereka. Contohnya, anda marah jika mereka tidak dapat no 1 di dalam kelas ketika peperiksaan. Harapan yang terlalu tinggi akan mewujudkan tekanan yang tidak perlu dalam hidup anak anda. Akhirnya anak anda akan tertekan dan dia akan semakin menjauhi diri anda.

Peringkat kedua : Didik anak supaya berdikari mengawal tekanan yang mereka terima.

Untuk mendidik anak anda mengawal tekanan hidup yang dia terima, anda boleh bagi  nasihat seperti berikut pada dia.

1.       Jadi diri sendiri dan suruh dia fokus pada kekuatan dan minat yang dia ada.
2.       Bahagikan tugas yang besar kepada tugasan yang kecil – kecil.
3.       Sentiasa senaman dan makan makanan yang sihat untuk memberi kesegaran pada tubuh badan.
4.       Sentiasa bersikap positif dalam apa jua perkara yang mereka hadapi.
5.       Sentiasa suruh mereka datang dan cerita pada anda setiap kali mereka ada masalah.
6.       Percaya pada kemampuan diri sendiri.

Tekanan hidup akan menjelma apabila apa yang anak anda ingin, dia tidak dapat. Sebagai ibu bapa, anda perlu sentiasa pantau anak anda dan sentiasa beri dia nasihat untuk mengawal tekanan hidup yang dia hadapi. Biasanya, remaja akan rasa tertekan jika mereka rasa masa hadapan mereka tidak terjamin. Contohnya, mereka takut jika mereka tidak dapat masuk ke dalam universiti, takut jika tidak dapat jodoh dan bermacam – macam perkara lagi. 

No comments:

Post a Comment