Tuesday, September 20, 2011

Setiap anak memerlukan anda sebagai pedengar setia mereka. Dapatkan tip menjadi pedengar setia di sini

Setiap anak memerlukan anda sebagai pedengar setia mereka. Dapatkan tip menjadi pedengar setia di sini.

Pelaburan yang paling bagus sebagai ibu bapa adalah menjadi pedengar setia pada anak – anak anda. Anda akan lebih di sayangi dan lebih bahagia jika anda sentiasa menjadi pedengar pada anak – anak anda. Anak – anak sebenarnya ingin berkongsi segalanya dengan anda. Jika dia tidak dapat tindak balas dari anda, dia akan cari pedengar setia dari luar. Akibatnya, hubungan anda dan anak – anak anda akan renggang kerana anda tidak tahu apa yang terjad padanya dan dia juga tidak berminat untuk bercerita pada anda.


Langkah pertama untuk jadi pedengar yang baik pada anak – anak anda adalah menunjukkan pada mereka bahawa anda memang dengar apa yang mereka utarakan. Ketika mereka mendekati anda untuk bercerita, anda berhenti dari segala kerja, pandang mata anak anda dan dengar apa yang dia ceritakan. Ketika mendengar, anda tanya apa yang patut untuk faham keadaan sebenar cerita yang anak anda bawa.

Jika anak anda bukan jenis suka bercakap, anda sentiasalah tanya anak anda apa yang dia buat, perkembangan pelajaran dan sebagainya. Cari satu tajuk dan mulakan perbincangan dengan dia. Apabila dia percaya anda seda mendengar semua masalah dan kisah hidupnya, dia akan berterusan membincangkan setiap perkara dengan anda.

Sebagai ibu bapa, apabila anak menyimpan terlalu banyak rahsia dari anda, anda akan rasa dia berada jauh dari anda. Jika anda tidak mahu ia berlaku, anda perlu jadi pedengar yang baik pada anak – anak anda. Semasa mendengar, anda perlu faham emosi yang hendak di sampaikan oleh anak anda. Jika dia sedang marah, anda perlu cari jalan untuk faham keadaan sebenar dan  tenangkan dia.
Berikut adalah beberapa tip ketika menjadi pedengar pada anak – anak anda.

1.       Tunjukkan anda ingin dengar apa yang mereka sampaikan.
2.       Sentiasa utarakan soalan dan beri respon pada anak anda seperti anda sedang bersembang.
3.       Dengar dengan sabar dan relaks.
4.       Lihat gerak tubuh anak anda. Kadang – kadang dari lenggok badan, anda boleh faham mesej tersembunyi.
5.       Elakkan dari soalan yang membawa kepada tamatnya perbincangan.
6.       Sentias respon perasaan yang di luahkan oleh anak anda.


No comments:

Post a Comment