Pecahkan tembok yang terbina antara anda dan anak – anak anda.
Jika anak - anak anda tidak berkongsi cerita lagi dengan anda, anda perlu sedar bahawa anak – anak anda semakin menjauhi anda. Mereka bukan menjauhi anda kerana mereka tidak sayangkan anda tetapi mereka dapati ada satu tembok yang menghalang mereka dari rapat pada anda.
Tembok boleh terbina apabila anda mula sibuk dengan hal – hal kerja dan tidak peduli apa yang anak – anak lakukan. Selain itu, ia juga boleh terbina jika anak – anak anda tidak mempercayai anda untuk memahami hidup mereka. Tembok yang menghalang hubungan antara anda dan anak – anak anda boleh memberi kesan yang sangat buruk pada hubungan anda berdua.
Antara kesan buruk adalah
· Anda tidak tahu bagaimana hendak menegur anak anda. Seterusnya anak anda akan terus sibuk dan ego dalam dunianya tanpa bimbingan dari anda.
· Anak – anak takut menyatakan masalah mereka pada anda dan seterusnya mereka tertekan hendak harungi hidup mereka.
· Anak – anak anda terlibat dengan gejala tidak sihat dan anda tidak tahu mengenainya.
· Anda rasa anda tidak di sayangi oleh anak – anak anda kerana mereka tidak mengambil berat akan anda. Rasa yang sama juga turut di rasai anak anda.
Anda sudah semestinya tidak mahu kesan buruk mempengaruhi hidup anda. Jadi, anda perlu segera pecahkan tembok dan rapatkan kembali hubungan antara anda dan anak – anak anda. Terdapat satu cara sahaja untuk pecahkan tembok antara anda dan anak – anak anda iaitu anda perlu masuk ke dalam dunianya.
Antara cara untuk masuk ke dunianya ialah
· Belikan sesuatu yang dia mahu dan mulai sangat itu sentiasa ambil berat akan dia.
· Bawa anak – anak anda menyertai akviti bersama – sama dengan anda seperti menonton wayang, berbasikal, bersiar – siar, melancong, jungle trekking dan sebagainya.
· Tunjukkan rasa sayang anda pada mereka. Ringankan mulut untuk bertanya khabar dan memujuk mereka untuk bercerita jika mereka ada masalah.
Apabila anda berjaya memasuki dunia mereka, tiada lagi tembok yang menjadi penghalang antara anda dan anak – anak anda. Seterusnya, anda akan lebih bahagia berbanding sebelumnya.
No comments:
Post a Comment