Anda bukan seorang yang bijak untuk ajar anak anda dalam pelajaran ? Baca artikel ini untuk dapatkan tiga tip membantu anak anda menyiapkan kerja sekolah dia.
Bukan semua ibu bapa bijak untuk membantu anak mereka dalam pelajaran. Namun, anda tetap boleh membantu mereka.
Tip pertama : Elakkan gangguan .
Apabila anak anda sedang belajar, pastikan tiada perkara yang boleh menganggu dia seperti bunyi yang bising dan cuaca yang panas. Apabila tiada gangguan barulah anak anda boleh fokus sepenuhnya pada pelajarannya. Sediakan ruang yang selesa untuk dia belajar. Jauhkan handphone anak anda dari anda supaya dia fokus belajar bukannya bermain sms dan sebagainya.
Tip kedua : Susun jadual belajar untuk anak anda.
Tetapkan jadual belajar untuk anda ikut. Kanak – kanak biasanya tidak mahir untuk menyusun jadual. Anda bantu mereka untuk menyusun aktiviti seharian mereka. Contohnya, masa tidur, masa belajar, masa bermain, masa menonton televisyen dan sebagainya. Namun, anda jangan jadikan anak anda seperti robot. Sebaliknya, anda bersikap fleksibel terhadap jadual yang telah anda tetapkan.
Tip ketiga : berikan penyelesaian pada anak anda.
Tidak semua anak boleh memahami dengan cepat apa yang dia belajar. Jadi, jika anda lihat anak anda sukar untuk memahami sesuatu, anda beri cadangan pada dia. Antaranya anda cadangkan dia untuk bertanya pada guru, belajar di kelas tuisyen dan tukar cara dia belajar. Jangan biarkan anak anda terkapai – kapai. Sentiasa berikan dia galakan dan peluang untuk maju ke hadapan. Anak yang kurang bijak dalam pelajaran bukanlah kerana otak mereka lembap tetapi mereka kurang berfikir.
No comments:
Post a Comment