Saturday, August 20, 2011

Lima sikap yang anda perlu tinggalkan sebagai ibu bapa.

Lima sikap yang anda perlu tinggalkan sebagai ibu bapa.

Berikut adalah lima sikap yang teruk dan anda perlu tinggalkan untuk jadi seorang ibu bapa yang baik.


Sikap pertama : Marah dan menjerit pada anak anda.

Memang sukar untuk tahan marah tetapi berbaloi untuk terus mencuba. Anda jangan terlalu kecewa atau rasa tertipu kerana apa yang telah terjadi, telah terjadi. Apa yang perlu anda lakukan adalah mencari jalan penyelesaian dan ajar anak anda untuk maju kehadapan. Apabila anda marah, anda akan berfikir secara emosi. Berfikir secara emosi tidak akan memberi idea yang bagus untuk anda ikut.

Sikap kedua : tidak menghiraukan emosi dan kemahuan anak anda.

Semua manusia memunyai perasaan termasuklah anda dan anak – anak anda. Anda perlu perhatikan emosi yang di tunjukkan oleh anak anda. Kadangkala dia ada masalah di sekolah dan mahu beritahu pada anda. Namun, dia tidak akan beritahu secara berhadapan. Sebaliknya, dia tunjukkan emosi marah dengan harapan anda akan bertanya kenapa. Jika anda tidak hiraukan emosi yang di tunjukkan oleh anak anda, anak anda mungkin akan  melakukan sesuatu yang bodoh.

Sikap ketiga : berleter.

Perkara yang paling di benci oleh ramai orang adalah di leteri oleh seseorang. Lebih baik marah secara tegas sekali dari berleter. Berleter bukan sahaja akan merungsingkan pemikiran anda tetapi akan merungsingkan semua orang yang berada di sekeliling anda. Anda perlu kurangkan berleter dan beritahu perkara yang perlu sahaja.

Sikap keempat : Menyumpah seranah anak – anak dan membandingkan mereka.

Jangan menyumpah anak anda dengan nama yang tidak baik seperti bodoh dan sebagainya. Selain itu, anda jangan bandingkan anak anda sesame sendiri atau dengan anak orang lain. Membuat perbandingan akan menyebabkan anak anda berasa rendah diri dan hilang rasa sayang terhadap anda.

Sikap kelima : Mungkir janji.

Jangan berjanji jika anda tidak mampu untuk menunaikannya. Kadangkala anda ingin menyedapkan hati anak anda dengan menabur janji manis terhadap mereka. Anda jangan lakukan perkara itu. Jika tidak mampu, anda katakan anda tidak mampu kepada mereka. Apabila anda mungkir janji, anak anda akan mula merajuk dan perangai mengada – ngada dia akan bertambah – tambah.

No comments:

Post a Comment