Sunday, August 7, 2011

Lima kesalahan biasa yang anda lakukan sebagai ibu bapa dan bagaimana hendak menghalang ia daripada terus berlaku.

Ibu bapa tidak lari dari melakukan kesalahan tetapi setiap kesalahan itu belum terlambat untuk kita baiki. Beriku adalah lima kesalahan biasa yang anda lakukan sebagai ibu bapa dan bagaimana hendak menghalang ia daripada terus berlaku.


Kesalahan pertama : Menjerit pada anak – anak.

Marah secara berjerit – jerit akan menyebabkan lebih banyak jeritan akan berlaku dan kadang – kadang anak anda juga akan menjerit pada anda kembali. Menjerit tidak akan menyelesaikan masalah. Malah, ia menambah masalah. Apabila anda sedang marah, anda tenangkan diri. Tiada apa yang anda perlu marah kerana masalah sentiasa dan pasti akan timbul. Jika anda marah –marah, pada masa akan datang masalah akan muncul  juga.

Tenangkan diri dan berfikir positif.  Jika perlu, jalan – jalan sambil menghirup udara segar untuk menenangkan fikiran. Sebagai ibu bapa,  kadangkala anda perlu juga marah tetapi jangan terlalu marah sebaliknya anda marah secara tegas iaitu selepas sahaja anda marah, anda kembali tenang.Anda marah hanya hendak memberitahu secara tegas mengenai kesalahan anak anda.

Kesalahan kedua :  Setuju bulat – bulat dengan kehendak anak.

Jangan manjakan anak anda kerana ia bakal merosakkan dirinya ketika dia dewasa nanti. Anda perlu tegas dan memikiran masa hadapan anak. Biarlah dia merajuk kerana apabila dia besar, dia akan sedar apa yang anda lakukan. Pastikan apabila anda berkata tidak, ia adalah tidak.

Kesalahan ketiga : Anda tidak beritahu kesan buruk pada anak – anak anda.

Ada sesetengah ibu bapa memarahi dan melarang anak mereka dari berbuat sesuatu tanpa memberitahu kesan buruk pada mereka. Anak anda perlu tahu sebab barulah mereka akan ikut cakap anda. Katakan anda ingin menegur anak anda bersikap malas,anda beritahu kesan buruk apabila bersikap malas. Apabila anda sentiasa beritahu kesan buruk pada dia, dia secara perlahan – lahan akan mengubah perangainya kepada lebih baik.

Kesalahan keempat : Anda tidak beritahu cadangan anda pada anak anda.

Kesilapan yang sentiasa ibu bapa lakukan adalah tidak mebimbing anak mereka. Apabila anak anda ingin sambung belajar atau membuat sesuatu perkara, anda perlu bagi bimbingan pada dia dengan mencadangkan sesuatu.

Kesalahan kelima : Anda putus asa dan biarkan sahaja anak anda melakukan apa yang dia suka.

Sikap putus asa akan menyebabkan anak anda memandang rendah pada anda. Putus asa hanya  untuk ibu bapa yang suka bergaduh dengan anak – anak. Berhenti bergaduh dan jalankan tanggungjawab sebagai ibu bapa tanpa putus asa.

No comments:

Post a Comment