Pergaduhan antara adik beradik adalah normal bagi sesetengah keluarga. Walaupun bergaduh, mereka biasanya berbaik kembali seperti air di cincang tidak akan putus. Namun, ada juga pergaduhan yang terlalu rumit untuk mereka selesaikan sendiri. Ketika ini berlaku, anda perlu masuk campur dan selesaikan persengketaan ini dengan segera kerana pergaduhan mereka mungkin akan berlarutan sehingga dewasa.
Berikut adalah lima langkah yang anda boleh pratikkan untuk menyelesaikan masalah pergaduhan antara anak – anak anda.
Langkah pertama : panggil kedua – dua belah pihak untuk duduk bersama.
Panggil anak – anak yang bergaduh untuk duduk bersama – sama dengan anda. Anda jangan tunjukkan reaksi muka yang marah tetapi tenang dan tegas.
Langkah kedua : Dengar penjelasan dari setiap orang.
Suruh anak anda jelaskan seorang demi seorang kenapa mereka bersengketa. Tanya soalan sehngga anda faham kenapa mereka bergaduh. Sebagai orang tengah, anda perlu bersikap tegas. Anda suruh mereka cakap seorang demi seorang tanpa di sampuk oleh anak yang lagi seorang. Jika ada, anda terus tengking dengan tegas.
Langkah ketiga : Beritahu mereka apa yang salah dan apa yang betul.
Selepas anda mendengar penjelasan dari kedua – dua pihak, anda pasti sudah jelas mengenai apa yang terjadi. Jadi gunakan kemahiran berfikir anda sebagai seorang dewasa untuk beritahu pada setiap anak mengenai yang mana betul dan yang mana salah. Contohnya, anda sebut nama anak pertama dan beritahu perkara betul yang dia sudah buat dan perkara yang salah dia sudah buat.
Langkah keempat : Sebut punca sebenar kenapa mereka bergaduh.
Beritahu mereka punca sebenar mereka bergaduh dan beritahu mereka bahawa anda tidak marah pada mereka. Namun, anda mahu mereka hidup sebagai adik beradik secara aman iaitu bersikap tolenrasi, hormat – menghormati dan sayang – menyayangi. Peluk kedua – dua anak anda dan suruh mereka berbaik kembali. Namun, anda jangna letakkan kesalahan pada seorang anak sahaja tetapi anda bela kedua – dua mereka supaya mereka rasa anda bersikap adil.
Langkah kelima :Teruskan hidup.
Untuk redakan keadaan, anda mungkin boleh bawa mereka keluar makan malam, bersiar – siar dan sebagainya.
No comments:
Post a Comment