Sekarang, anak – anak remaja dan anak – anak kecil berperangai seperti tidak ada adab. Remaja dengan gelajar liar mereka seperti dadah, budaya songsang, berzina dan sebagainya manakala anak – anak kecil bersikap terlalu kurang ajar dengan orang yang lebih tua dari mereka. Jika anak anda bersikap kurang ajar, anda perlu didik mereka untuk lebih hormat pada orang yang berada di persekitaran mereka.
Perkara pertama mereka perlu tahu untuk hormat diri mereka sendiri. Jika mereka tidak hormat pada diri sendiri, mereka cenderung untuk tidak hormat pada orang lain termasuklah anda. Hormat pada diri sendiri adalah menjaga adab percakapan, adab berpakaian dan adab berfikir. Hormat pada diri sendiri adalah sentiasa berbuat baik pada orang lain.
Didik mereka, jika mereka kurang ajar dengan orang, orang akan kurang ajar pada mereka kembali. Anda didik dia untuk jaga maruah dia. Orang yang bersikap kurang ajar akan di pandang serong dan hina oleh orang lain. Soal dia sama ada dia mahu orang pandang hina terhadap dia ? Beritahu dia secara memujuk bahawa anda tidak kisah jika orang hendak pandang hina pada dia tetapi kesian melihat dia yang tidak pandai menjaga maruah dia.
Walaupun anda rasa sudah terlambat, anda jangan mengalah. Jika anak anda tidak dengar apa yang anda cakap, anda didik dia supaya hormat pada anda kembali. Dapatkan hormat dari dia dengan gaya yang tegas dan garang. Ada prang berpendapat, garang pada anak – anak akan menyebabkan mereka semakin jauh dari anda. Namun, apabila anak berada dalam keadaan kronik, garang dan tegas adalah intipati utama untuk mendapatkan hormat dari mereka kembali.
Hendak dapatkan hormat dari anak – anak, anda cuma perlu menjalankan tugas anda sebagai ibu bapa iaitu mendidik,membimbing, melindungi dan menyayangi mereka dengan sepenuh hati. Proses ini mungkin mengambil masa yang lama. Namun, jika anda tidak bermula, sampai bila – bila anak anda akan bersikap kurang ajar.
Sebagai ibu bapa, pasti anda ada cara tersendiri untuk mengajar mereka bersikap hormat pada orang lain. Cuma nasihat saya adalah jangan menganggap proses mendidik anak adalah beban yang sukar tetapi adalah tanggungjawab anda.
No comments:
Post a Comment