Semua ibu bapa ingin anaknya berjaya. Namun, tidak semua tahu bagaimana hendak mebimbing mereka ke arah kejayaan. Untuk membantu anda, berikut adalah lapan langkah mebimbing remaja anda ke arah kejayaan.
Langkah pertama : Bantu anak anda mengenal pasti minat sebenar dia.
Lihat kecenderungan anak anda. Jika dia suka membaiki dan ubah suai motorsikal, dia mungkin berminat dalam bidang kejuruteraan. Jika dia seorang ulat buku, dia mungkin boleh jadi saintis yang berjaya. Jika dia minat bermain permainan komputer, dia mungkin minat dalam bidang komputer.
Apabila sudah remaja, anda perlu bantu anak anda untuk mengetahui minat sebenar dia. Apabila dia sedar perkara yang dia minat dan mahu jadi apabila dewasa, dia akan berusaha ke arahnya lebih awal dan dia mungkin berjaya.
Langkah kedua : Bantu dia perkembangkan minat dia.
Apabila anak anda sudah kenal pasti perkara yang dia minat, anda bantu dia untuk perkembangkan lagi pengetahuan dalam bidang yang dia minat melalui kewangan, nasihat atau apa sahaja yang anda mampu.
Langkah ketiga : Cari seorang manusia yang berjaya untuk di jadikan idola.
Anda beri seorang idola untuk anak anda jadikan idola. Contohnya apabila anak anda berkata dia ingin jadi ahli perniagaan, anda bantu dia dengan memberi dia seorang ahli perniagaan yang berjaya sebagai idola untuk dia contohi. Jika anak anda sudah ada idola sendiri, itu lebih bagus.
Langkah keempat : Belajar apa yang idola anak anda lakukan untuk berjaya.
Anda kaji biografi idola yang anak anda pilih tentang bagaimana dia berjaya. Apa yang telah dia lakukan untuk berjaya.
Langkah kelima : Bimbing anak anda ke arah kejayaan dan beri dia kata perangsang.
Dari bahan kajian di langkah keempat, anda bimbing anak anda ke arah kejayaan dengan mengajar dia apa yang perlu dia buat untuk berjaya dalam bidang yang dia pilih. Berikan dia langkah yang jelas seperti perlu belajar ilmu tertentu dan sebagainya untuk berjaya.
Langkah keenam : Bimbing anak anda untuk tidak lakukan apa yang idola dia tidak lakukan.
Beritahu anak anda untuk tidak ambil risiko dengan melakukan perkara yang idola dia tidak lakukan. Namun, jika anak anda yakin, anda perlu benarkan. Kadangkala kegagalan adalah guru terbaik.
Langkah ketujuh : Ambil yang baik dan tinggalkan perkara yang tidak baik.
Sentiasa bimbing anak anda untuk pandang positif dan jika dia rasa perkara tersebut tidak baik, tinggalkan sahaja. Jika ingin berjaya, seseorang itu perlu sentiasa positif dan jangan mengalah.
Langkah kelapan : Jadi diri sendiri.
Langkah terakhir adalah sentiasa beritahu dia untuk jadi diri sendiri dan lakukan perkara yang dia suka sahaja. Jangan seksa diri untuk jadi orang lain.
No comments:
Post a Comment