Wednesday, June 1, 2011

10 sebab kenapa anak anda bersikap negatif dalam hidupnya.

Untuk mengajar anak anda untuk bersikap baik, anda perlu terlebih dahulu tahu punca dia memberontak. Apabila anda tahu punca, anda akan lebih jelas dan tahu bagaimana hendak mengubah sikap dia. Berikut adalah 10 sebab kenapa anak anda bersikap negatif dalam hidupnya.

Sebab pertama : Dia rasa tidak di sayangi.

Anak akan memberontak jika dia rasa dia tidak di sayangi oleh anda dan ahli keluarga. Apabila anda selalu marah – marah, dia akan rasa anda benci pada dia dan dia akan memberontak dan terus memberontak selagi dia rasa tidak di sayangi.

Sebab kedua : Dia ingin dapatkan perhatian dari anda.

Sifat cemburu antara adik beradik pasti ada. Untuk dapatkan perhatian lebih dari anda, dia mungkin akan memberontak dan bersikap negatif.

Sebab ketiga : Dia rasa kecewa dengan kehidupan dia.

Anak memberontak kerana dia rasa tidak bersyukur dengan kehidupan dia. Dia mahukan lebih tetapi anda tidak mampu memberi kehidupan yang dia mahu.

Sebab keemapat : Dia rasa kurang yakin.

Anak yang baik kadang – kadang berperangai jahat di sebabkan kurang yakin. Sebab itulah dia ponteng dan sebagainya.

Sebab kelima : Dia ikut sikap ibu bapanya.
Anak – anak selalunya akan mengikut perangai ibu bapanya. Jika ibu bapanya kuat menengking, dia juga akan kuat menengking.

Sebab keenam : Dia rasa usahanya tidak di hargai.

Anak – anak mahu di puji bagi setap pencapaian yang mereka lakukan. Apabila anda tidak memuji mereka, mereka rasa mereka tidak di hargai dan akan mula memberontak untuk menyatakan isi hati mereka.

Sebab ketujuh ; Dia rasa tidak sihat, lapar atau letih.

Anak – anak akan mula berubah sikap secara mendadak apabila da rasa sakit,lapar atau letih. Anda mungkin di tengking jika anda tersilap menegur mereka berada dalam keadaaan ini.

Sebab kelapan : Dia rasa marah atau fikiran terganggu.

Jika anak – anak anda terlalu cepat berubah sikap, fikirannya mungkin terganggu. Anak – anak ini masih kecil dan muda. Jadi, mereka tidak dapat menyerap tekanan dengan cepat lalu menyebabkan fikiran terganggu.

Sebab kesembilan: Dia rasa seperti tersisih dari keluarga.

Anak – anak mahukan segalanya sempurna dalam hidup mereka. Jika dia rasa dirinya terabai, dia akan memberontak sebagai isyarat kepada anda bahawa anda telah lupakannya.

Sebab kesepuluh ; Dia mahukan sesuatu dari anda.

Kadangkala anak – anak memberontak kerana dia mahukan sesuatu dari anda tetapi tidak tahu bagaimana hendak nyatakannya.
Sepuluh sebab di atas boleh menjadi panduan untuk anda mengesan kenapa anak – anak anda bersikap negatif dalam hidupnya. Mengetahui punca dengan jelas membolehkan anda untuk menyelesaikan masalah anda dengan cepat dan pantas.

3 comments:

  1. saya suka entri ini.minta share ye encik amir =)

    ReplyDelete
  2. Mohon share yer..info yang sangat berguna utk CN yang tengah membesarkan ank yang sedang mmbesar ;)

    ReplyDelete