Wednesday, December 7, 2011

Tip membantu anak anda untuk buang sifat pemalunya

Tip membantu anak anda untuk buang sifat pemalunya.

Pemalu adalah sifat yang normal bagi anak – anak terutamanya anak kecil. Ini kerana mereka sudah biasa rapat dengan anda dan apabila mereka sedikit besar, mereka rasa malu untuk bertegur sapa dengan orang lain di sebabkan mereka hanya kenal orang yang selalu muncul di hadapannya sahaja.  Kadangkala anak anda berjumpa dengan orang  lain, mereka bukannya malu atau segan tetapi mereka tidak tahu bagaimana hendak berkawan.


Selain malu berkawan, anak anda juga mungkin cenderung untuk malu belajar, malu bertanya dan malu serba – serbi.  Sifat pemalu akan membantutkan perkembangan minda anak anda.

Berikut adalah  tip bagaimana hendak buang sifat  pemalu dari jiwa anak anda.

Tip pertama : Puji anak anda.

Sentiasa puji anak anda kacak, handsome, cantik dan sebagainya. Pujian akan menyebabkan hati mereka berbunga – bunga atau seronok. Apabila mereka seronok, secara tidak langsung keyakinan mereka bertambah dan mereka tidak malu untuk berkawan atau membuat apa sahaja.

Tip kedua : Ambil tahu minat anak anda dan beri dia galakan.

Jika anak anda minat melukis, anda galakkan dia untuk melukis dan hantar ke kelas melukis jika perlu. Dengan ini, dia akan rasa lebih yakin kerana dia sedang melakukan sesuatu yang dia suka.

Tip ketiga : kenalkan dia pada kawan baru.

Kenalkan anak rakan anda kepada anak anda. Di sini dia akan belajar bagaimana hendak memulakan langkah berkawan dan dia ada keyakinan untuk lakukannya pada orang lain.

Tip keempat :  Jangan marah anak anda jika dia bergaduh atau bertengkar dengan rakan – rakan.

Anak – anak perlu ada pengalaman hidup, barulah mereka boleh maju. Jangan sekat anak anda dari berkawan atau melakukan sesuatu yang dia minat. Jika mereka bergaduh atau bertengkar dengan rakan mereka, anda jangan marah. Sebaliknya anda nasihat anak anda secara baik untuk hentikan pergaduhan atau yang mana anda rasa sesuai.

Tip kelima : biarkan anak anda bersuara.

Jika anak anda ada apa – apa hendak di suarakan, biarkan dia bersuara. Contohnya, dia ingin memberi pendapat mengenai politik atau apa sahaja topik, anda dengar sahaja pendapatnya. Apabila dia berani bersuara, dia akan lebih yakin dan akan buang sifat pemalunya ke tepi.

No comments:

Post a Comment