Tip pertama : Berikan seluruh perhatian pada anak anda.
Setiap anak mahu ada perasaan di perlukan keluarga dan di sayangi. Apabila anda menunjukkan rasa sayang pada anak anda, anak anda akan lebih yakin dan lebih menyayangi diri anda. Ada ibu bapa yang sayang tetapi mereka tidak suka tunjukkan perasaan tersebut. Anda jangan buat kesilapan tersebut kerana jika anda tidak tunjuk, anak anda tidak akan faham.
Anda beri perhatian terhadap apa yang anak anda mahukan, apa yang mereka mahu beritahu dan segala emosi yang mereka tunjukkan pada anda. Tiada guna untuk anda membenci dan mengabai anak – anak kerana dari anak – anaklah anda akan rasa perasaan sayang dan bahagia. Bimbing anak anda dengan memberi perhatian sepenuhnya pada mereka.
Tip kedua : Ajar anak berdikari.
Jangan manjakan anak anda secara keterlaluan. Jika anda sayang dia, anda perlu ajar dia berdikari sejak dari kecil lagi. Suruh dia buat kerja rumah tangga dan sebagainya. Jangan biarkan dia duduk diam kerana dia akan malas apabila besar nanti. Berikan anak anda tanggungjawab seperti menyuruh dia menjaga adik, menjaga pokok bunga dan sebagainya. Berdikari akan mematangkan anak anda dan seterusnya menjadikan dia seorang dewasa yang baik. Ajar dia juga untuk berdikari menguruskan wang.
Tip ketiga : Biarkan anak anda membesar dengan caranya sendiri.
Sebagai ibu bapa, anda jangan sesekali menghalang anak anda dari membesar. Jika dia mahu lakukan sesuatu, anda benarkan sahaja melainkan perkara tersebut adalah tidak sihat. Apabila remaja, anak anda akan ada kehendak mereka sendiri. Jika anda halang, dia akan memberontak. Lebih baik anda biarkan dan dalam masa yang sama anda pantau perjalanan hidup dia.
Tip keempat : Jangan sesekali copkan anak anda dengan sesuatu yang buruk.
Jangan copkan anak anda dengan sesuatu yang buruk seperti anak pemalas, anak bodoh atau anak menyusahkan. Jika anda berbuat demikiran, anak anda pasti akan rasa kecewa dan rasa tidak di sayangi. Anak anda akan jadi lebih hebat jika anda bersabar. Setiap individu mempunyai perkembangan minda yang berbeza – beza. Ada anak yang matang cepat, ada yang matang sedikit lambat atau terlebih lambat. Anda bersabar dan jangan putus asa. Apabil anda cop anak anda dengan sesuatu yang buruk, dia rasa anda sudah putus asa dengannya.
No comments:
Post a Comment