Tip ibu bapa – Bagaimana hendak mengajar anak kecil membaca?
Membaca boleh menjadikan anak anda lebih bijak dari sebelumnya. Daripada aktiviti membaca, anak – anak anda boleh memperkembangkan pengetahuan dan membentuk pemikiran mereka ke arah lebih matang. Berikut adalah empat tip untuk mengajar anak kecil anda membaca.
Tip pertama : Pastikan tiada gangguan dari luar.
Ketika anda sedang mengajar anak anda membaca, anda pasti tiada gangguan dari luar seperti suara radio dan televisyen menganggu tumpuan anak anda. Beritahu juga ahli keluarga anda yang lain supaya tidak menganggu apabila anda sedang mengajar anak kecil anda membaca. Sunyi adalah penting supaya anak anda hanya fokus pada anda dan bahan bacaan.
Tip kedua : Jadikan membaca sebagai budaya yang seronok untuk di amalkan.
Jangan hanya mengajar anak anda membaca dengan menggunakan buku sahaja. Sebaliknya anda ajar dia dengan berbagai – bagai bahan bacaan seperti label makanan, papan tanda jalan dan sebagainya. Untuk lebih seronok, anda tampal beberapa nota di tempat tersembunyi, anda suruh dia cari dan baca. Selain itu, aktiviti seronok yang lain adalah anda adakan ujian membaca setiap hari di mana jika anak anda berjaya, anda akan beri point terkumpul untuk di tukar pada hadiah. Jadikan membaca sebagai akiviti yang seronok.
Tip ketiga : jika ada kemajuan, dengan pantas anda tingatkan kualiti bahan bacaan.
Jika anda dapati dia sudah kuasai ejaan – ejaan asas, anda ajar dia untuk membaca bahan bacaan yang sedikit panjang seperti cerita dongeng dan sebagainya. Apabila dia sudah biasa dengan bahan bacaan tersebut, anda kenalkan dia pada bahan bacaan baru sepert surat khabar, majalah, novel, buku berkulit tebal dan sebagainya. Anak akan berusaha untukmenguasi ilmu bacaan dan apabila mereka mahir, anda beri mereka bahan bacaan baru untuk memberi cabaran kepada mereka. Membaca adalah penting pada anak – anak kerana ia adalah antara senjata anda untuk mematangkan dia.
Tip keempat : Sentiasa memuji anak anda.
Anda jangan anggap mengajar anak anda membaca sebagai beban tetapi anda anggap ia sebagai tanggungjawab anda. Apabila anda anggap ia sebagai tanggungjawab, anda perlu sabar dan sentiasa cari jalan untuk memahirkan anak kecil anda membaca. Jangan marah jika dia sedikit lembap tetapi fokus pada kemajuan. Jika dia berjaya menguasai sesuatu, beirkan dia pujian untuk dia terus maju. Sentiasa ceritakan apa yang bakal anak dapat jika dia pandai membaca supaya dia sentiasa mahu memajukan dirinya sendiri.
No comments:
Post a Comment