Tuesday, November 1, 2011

Empat langkah untuk melindungi anak anda dari terjebak aktiviti tidak sihat dan jenayah di internet.


Untuk memastikan anak anda terselamat dari gejala tidak sihat di internet, anda boleh ikut empat langkah di bawah



Langkah pertama : Sentiasa ceritakan bahaya yang terdapat di internet pada anak – anak anda.

·         Sentiasa beritahu anak – anak anda penipuan dan gejala yang tidak sihat yang ada dalam dunia online.
·         Antara gejala tidak sihat adalah penipuan oleh orang yang kita tidak kenal, virus komputer, aktiviti lucah dan sebagainya.
·         Sentiasa beritahu anak – anak anda supaya tidak memberi info berkenaan diri sendiri pada orang yang baru kenal.
·         Ajar mereka secara berhadapan bagaimana hendak gunakan internet secara selamat. Kawal anak remaja anda. Ini kerana, anak remaja selalunya akan mencari perkara – perkara yang tidak terjangka dek akal di internet. Anda perlu cerita pada mereka berkenaan kegunaan sebenar internet dalam hidup mereka.

Langkah kedua : sentiasa mengikuti perkembangan semasa berkenaan bahaya yang muncul di internet.

·         Teknologi sentiasa meningkat begitu juga dengan jenayah internet. Jadi, anda perlu tahu ambil perkembangan semasa supaya anda boleh melindungi anak – anak anda.

Langkah ketiga : Periksa apa yang anak anda layari di internet berdasarkan history.

·         Setiap hari anda lihat apa yang anak anda layari. Dari sini anda dapat memantau keselamatan anak anda di online.

Langkah keempat : gunakan software anti virus yang ada parental  control

·         Beli dan pasang software anti virus yang ada parental control.
·         Parental control membolehkan anda menyekat anak anda dari masuk ke laman web tertentu yang anda pilih dan laman web lucah.

Selain pengaruh tidak sihat di luar, anda perlu juga melindungi anak anda dari pengaruh tidak sihat di internet. Anda boleh benarkan dia melayari laman web yang dia minat tetapi anda perlu sentiasa kawal aktiviti dia. Jika anda tidak kawal, anak anda mungkin akan terjebak pada aktiviti tidak sihat.

No comments:

Post a Comment