Wednesday, July 20, 2011

Lima aktiviti yang anda boleh lakukan untuk meluangkan masa dengan anak – anak anda.

Jika anda tidak ada idea bagaimana hendak meluangkan masa dengan anak – anak anda, artikel ini akan cadangkan anda lima aktiviti.


Aktiviti pertama : Jungle trekking.

Pada hujung minggu, anda pergi ke hutan rekreasi yang ada perkhidmatan jungle trekking dan lakukan aktiviti jungle trekking bersama – sama dengan anak anda. Selain menikmati udara segar, anda dapat luangkan masa berseronok dengan anak – anak anda. Bunyi burung berkicauan, cahaya matahari pagi yang suam – suam dan kesegaran udara akan memberi satu perasaan istimewa pada keluarga anda.

Aktiviti kedua : Road trip.

Pada hari cuti, anda boleh ajak keluarga anda melancong secara kos rendah. Anda pergi ke bandar pendalaman dan explore kawasan tersebut. Anda tinggal di rumah tumpangan yang murah harganya dan bersiar – siar menikmati keindahan bandar tersebut. Melancong ke bandar dan kawasan  kecil di pedalaman akan memberi cabaran dan pengalaman baru pada anda sekeluarga.

Aktiviti ketiga : Camping.

Rapatkan hubungan antara anda dan keluarga dengan melakukan aktiviti camping bersama –sama. Camping bersama ahli keluarga pasti akan meninggalkan pengalaman yang indah pada semua ahli keluarga anda.

Akviti keempat : Adakan projek dengan anak – anak anda.

Cari minat yang sama terdapat pada diri anak- anak anda dan diri anda sendiri. Fikirkan satu projek dan lakukan bersama – sama dengan anak anda. Antara projek yang boleh anda lakukan adalah berkebun, melukis dan sebagainya.
Aktiviti kelima : membaca.

Ajak anak anda untuk membaca bersama – sama dengan anda. Aktiviti ini boleh anda lakukan secara santai. Anda boleh baca buku yang sama atau berlainan asalkan anda lakukan aktiviti ini bersama – sama. Selepas membaca bincangkan apa yang anda baca. Membaca akan memberi ilmu yang baru pada anda. Apabila anda membincangkan apa yang anda baca dengan anak anda, anak anda akan jadi lebih matang dan secara tidak langsung mereka akan rapat dengan anda.

No comments:

Post a Comment