Saturday, December 31, 2011

Tip untuk ibu bapa membesarkan anak yang berakhlak baik

Tip untuk ibu bapa membesarkan anak yang berakhlak baik.

Bukan mudah untuk membendung anak terutamanya yang telah mencapai umur remaja dari di pengaruhi gelaja tidak sihat seperti rokok, dadah, alcohol, seks bebas, gangsterism dan berbagai gejala – gegala sosial yang lain. Anak remaja sekarang sangat rendah jati dirinya, tidak berdaya menahan diri dari terlibat dengan gejala – gejala yang tidak sihat. Jika anda mahu mengelak anak remaja anda dari terlibat perkara - perkara yang tidak sihat, anda perlu ada untuk membimbing mereka.

Tuesday, December 20, 2011

Tip mengajar anak untuk bersikap adab sopan

Tip mengajar anak untuk bersikap adab sopan.

Jika anak sopan, orang ramai akan puji ibu bapanya pandai mendidik. Jika anak tidak sopan, orang ramai akan memaki ibu bapa kepada anak tersebut kerana tidak pandai mendidik. Apa sahaja yang anak – anak lakukan pasti memberi kesan kepada anda sebagai ibu bapa mereka. Pujian dan kutukan bukanlah penting sangat di dunia ini, tetapi adakah anda mahu anak anda bersikap kurang ajar dan tiada adab sopan dalam setiap tindakan dia?

Wednesday, December 7, 2011

Tip membantu anak anda untuk buang sifat pemalunya

Tip membantu anak anda untuk buang sifat pemalunya.

Pemalu adalah sifat yang normal bagi anak – anak terutamanya anak kecil. Ini kerana mereka sudah biasa rapat dengan anda dan apabila mereka sedikit besar, mereka rasa malu untuk bertegur sapa dengan orang lain di sebabkan mereka hanya kenal orang yang selalu muncul di hadapannya sahaja.  Kadangkala anak anda berjumpa dengan orang  lain, mereka bukannya malu atau segan tetapi mereka tidak tahu bagaimana hendak berkawan.

Tip ibu bapa – Bagaimana hendak mengajar anak kecil membaca?

Tip ibu bapa – Bagaimana hendak  mengajar anak kecil membaca?

Membaca boleh menjadikan anak anda lebih bijak dari sebelumnya. Daripada aktiviti membaca, anak – anak anda boleh memperkembangkan pengetahuan dan membentuk pemikiran mereka ke arah lebih matang. Berikut adalah empat tip untuk mengajar anak kecil anda membaca.

Thursday, December 1, 2011

Empat Tips Untuk Menjadi Ibubapa Yang Hebat!


Tip pertama : Berikan seluruh perhatian pada anak anda.

Setiap anak mahu ada perasaan di perlukan keluarga dan di sayangi.  Apabila anda menunjukkan rasa sayang pada anak anda, anak anda akan lebih yakin dan lebih menyayangi diri anda. Ada ibu bapa yang sayang tetapi mereka tidak suka tunjukkan perasaan tersebut. Anda jangan buat kesilapan tersebut kerana jika anda tidak tunjuk, anak anda tidak akan faham.